[ber.juang] | برجواڠ
Definisi : 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, berlawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menentangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.juang] | برجواڠ
Definisi : 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)