Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
cak] น cakera ก ่ ง [ko] ก 1 melenturkan: นายพราน ก ่ งค ั นธนูของเขาแล ้ วผูกเชือกที่ ปลายอีกข ้ างหนึ่ ง ของค ั นธนู Pemburu melenturkan bu- surnya kemudian mengikat tali pada hujung busur yang sebelah lagi. ว 2 melengkung: คิ้ วของน ั กแสดงคนน ั ้นก ่ งด ั งวง พระจ ั นทร ์ Kening pelakon itu meleng- kung macam
Kamus Thai 2.indb
je- nayah itu. แน ่ นอน [-n:n] ดู แน ่ แน ่ น [nε:n] ว 1 (เงื ่ อน เวลา) ketat: เขาผูก กระสอบนั ้ นจนแน ่ น Dia mengikat guni itu นึ ่ ง แน ่ น Kamus Thai 2.indb 212 4/15/2008 11:09:04 AM น 213 dengan ketat. 2 (สถานที ่ ยานพาหนะ) pa- dat ่ จากกระทรวงศึกษาธิการเดินทางมา ถึงแล ้ ว Rombongan pegawai tinggi dari Kementerian Pendidikan sudah tiba. ผู ้ ใหญ ่ บ ้ าน [-yaiba:n] น ketua kam- pung ผูก [pu:k] ก mengikat: เขาสอนลูกให ้ ผูก เชือกรองเท ้ า Dia mengajar anaknya me­ ngikat tali kasut. เผชิญ [pac:n] ก mengalami, meng- hadapi: ปีนี้ ชาวอิสานเผชิญกับภัยแล ้ งที่ ยาว นาน Pada tahun ini, pe
Kamus Thai 2.indb
anjing. เลี ่ ยน [li  an] ดู เตียน เลียบ [li  ap] ก menyusur: เขาพายเรือ เลียบฝั่ ง Dia mendayung perahu menyu- sur tebing. เลี่ยม [li  am] ก 1 mengikat: ช ่ างกำลังเลี่ ยม ทับทิมด ้ วยทองเพื่ อทำล็อกเกต Tukang emas sedang mengikat batu delima dengan emas untuk dijadikan loket. 2 menya- dur: ช ่ างทองหลวงเลี่ ยมขอบเครื่ องต ้ นด ้ วยทอง Tukang emas diraja menyadur birai peralatan jamuan diraja dengan emas. เลี

Kembali ke atas