Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.lang] | منجلڠ

Definisi : 1. datang berkunjung (menengok), menghadap (raja, orang besar): dia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk ~ tetangganya; itulah sebabnya yg membuat Nakhoda Muda pergi ~ Pangeran Kusumaningrat itu; 2. hampir, sudah dekat (bkn waktu, malam, siang, dll): ~ tengah malam barulah kami sampai di kampung penghulu itu; 3. menghadapi, menyambut, menyongsong: ~ hari raya; 4. kepada, meng­hadap (pd alamat surat); 5. melihat, me­natapi: ~ bulan melihat anak bulan pd akhir puasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.lang] | منجلڠ

Definisi : 1 pergi atau datang melihat; menghadap (raja dll); mengunjungi; menziarahi: Sejak pulang dr luar negara, dia belum ~ neneknya lagi. 2 sudah dekat waktunya; sudah hampir masanya: ~ subuh, barulah ia pulang. 3 dlm masa atau dlm proses wujudnya sesuatu; sementara menanti: ~ terasasnya sistem Residen dlm tahun 1874, perusahaan timah telah merosot dgn hebatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelang
Kata Terbitan : menjelang,

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
น pegawai pengam- bilan tentera: ชายหนุ ่ มไทยต ้ องรายงานตัวต ่ อ สัสดีเมื่ ออายุย ่ างเข ้ าสิบเจ็ดป ี Pemuda Thai mesti melaporkan diri kepada pegawai pengambilan tentera apabila usianya menjelang tujuh belas tahun. ส ่ าเหล ้ า [sa:lau] น ragi สาก 1 [sa:k] น antan สาก 2 [sa:k] ว 1 kasar: ฉันต ้ องการปูโมเสก เพราะพื้ นบ
Kamus Thai 2.indb
กางเกงฉัน Banyak kemuncup lekat pada kaki seluar saya. 2 ketagihan: ยาซินติดกัญชา Dia ketagihan ganja. 3 menampal: เมื่ อถึงหน ้ าเลือกตั้ งเด็กเหล ่ านั้ น ก็รับจ ้ างติดโปสเตอร์ผู ้ สมัครส.ส. Menjelang pilihan raya budak-budak mengambil upah menampal poster calon-calon wakil rakyat. ติดกระดุม [-kradum] ก 1 memasang butang, menjahit butang: ช ่ างตัดเสื้ อกำลัง ติดกระดุมเสื้ อเชิ้ ตที่ เขาตัดเย็บ Tukang jahit
Kamus Thai 2.indb
เคร ่ งเครียด [-kri  a:t] ว gigih: เมื่ อใกล ้ สอบ น ั กศ ึ กษาคนน ั ้นเคร ่ งเครียดก ั บการอ ่ านหน ั งส ื อ Menjelang peperiksaan, pelajar itu gigih mengulang kaji pelajarannya. เครดิต [kre:di  t] น kredit เครา [krau] น janggut เคราะห ์ 1 [kr] น bala, geruh, nasib malang: เขาได ้ ร

Kembali ke atas