[me.nya.ya.ngi] | مڽايڠي
Definisi : 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nya.ya.ngi] | مڽايڠي
Definisi : 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)