Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.da.kah] | اداکه

Definisi : 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adakah

Puisi
 

Orang mengail tepi beting,
     Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting? Adakah tikus nak lawan kucing?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Adakah buaya menolak bangkai?

Bermaksud :

Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
583Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Adakah buaya menolak bangkai?Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Adakah buaya menolak bangkai?''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas