354 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa | “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. “Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
481 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
480 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Alah bisa tegal biasa | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
479 | Custom makes all things easy | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Alah bisa tegal biasa | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |