Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sap] | اسڤ

Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)

536

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
535No smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
536There's no smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
541Where there's smoke, there's fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but where there’’s smoke, there’’s fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas