79 | Don't cast your pearls before swine | Tidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya. | Bagai gembala diberi keris | I know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money. | Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan bagai gembala diberi keris dan jangan bazirkan wang awak | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
166 | The dogs bark, but the caravan goes on | Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan. | Bagai anjing menyalak di ekor gajah. | Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on | Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
142 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
141 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
334 | Look before you leap | Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). | Dibalik-balik bagai memanggang | I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. | Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi dibalik-balik bagai memanggang . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |