Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan yg panjang (spt ular) dan licin (hidup dlm lumpur), Monopterus albus; ~ laut belin, Echidna spp.; ~ kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu; bagai ~ digetir (diketil) ekor prb cepat sekali; bagai menyukat ~ hidup prb pekerjaan yg sia-sia; bagai ~ diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang); licin bagai ~ prb tiada mudah ditipu (cerdik); spt ~ pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;berbelut Mn menangkap belut; bagai si kudung pergi ~ prb pekerjaan yg sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya; kena kecipak orang ~ prb tidak terlibat (mendapat kesulitan) dlm perkara orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj ikan yg panjang lagi licin kulitnya dan biasanya terdapat dlm lumpur, Fluta alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belut

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belut jatuh ke lumpur.

Bermaksud :

Senang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(23)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
585Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Jika kepalanya ular, takkan ekonya belutEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas