Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)

46

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
593Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betulEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Ekor anjing berapa pun dilurut, tiada yang betul ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
46Don't bite off more than you can chewJangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimutDon't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.Berapa panjang luncur, begitulah panjang selimut. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
607Truth will outKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
606Truth will come to lightKebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventuallyBuat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas