Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi

Puisi
 

Encik Elok minum di kendi,
     Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
     Dalam berbudi banyak terkena.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Berbudi bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(14)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
608One good turn deserves anotherBantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas