Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.ring] | بردريڠ

Definisi : berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.ring] | بردريڠ

Definisi : berbunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia tersentak drpd lamunannya apabila telefon ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdering

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ke dalam kandang kambing mengembik,
     masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Bermaksud :

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
498When in Rome, do as the Romans doApabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.Masuk di dalam kawan gajah berderingYou should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas