Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.di.ri] | برديري

Definisi : 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdiri

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
256History repeats itselfJika sesuatu itu pernah berlaku maka ia boleh berlaku lagi.Sejarah berulang“O my people, we have to remain steadfast and united, and never shall we betray one another lest our beloved soil should fall to the enemies. Our ancestors had lived in misery when the enemies conquered this land. Thus, do not let history repeats itself,” said the king.''Wahai rakyat beta sekelian, kita harus berdiri teguh dan bersatu, dan jangan sekali-kali mengkhianati antara satu sama lain agar tanah air yang kita cintai ini tidak jatuh ke tangan musuh. Nenek moyang kita bernafas dalam kesengsaraan setelah musuh menakluki bumi ini. Maka, jangan biarkan sejarah berulang kembali,'' titah raja itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas