Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. ber­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.bang] | برکوبڠ

Definisi : berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang berlumpur, lopak;,
Kata Terbitan : berkubang,

Puisi
 

Tanduk rusa bercabang dua,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Dosa ini dosa semua,
     Kalau mati seorang jangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
507A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknyaJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas