Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : 1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk mele­paskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : , me­nenggek 1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenggek
Kata Terbitan : bertenggek, menenggek, tenggekan, penenggek,

Puisi
 

Burung merpati terbang ke hutan,
     Duduk bertenggek di tepi sungai;
Tuan umpama cahaya intan,
     Bagai zamrud baru dicanai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
563Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' kaPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas