Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru/] | بروق

Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru/] | بروق

Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruk

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Dibungkus dengan sekarung kain;
Sungguh buruk hati berkenaan,
     Tidak saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(27)

142

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
92Charity begin at homeUrusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukanHe should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
142You'll be damned if you do and damned if you don'tBerada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapaThe volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worriedLumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas