Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/] | بيجق

Definisi : 1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/] | بيجق

Definisi : selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Puisi
 

Anak cicak anak keredek,
     Rama-rama menyusur pantai;
Dia bijak saya cerdik,
     Sama-sama mengadu pandai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Bermaksud :

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
338Love is blindCinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.Kasih tidak bersekutu dengan bijakShe did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless manDia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas