Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bekas air yg besar perutnya (dibuat drpd tanah liat); mak ~ a) (gelaran yg biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil; b) ibu ayam, muncikari; pecah ~ tempayan ada prb laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yg satu ada gantinya yg lain); berbuyung-buyung banyak buyung: setiap hari dia menyimpan air minuman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj bekas air yg besar perutnya dan biasanya dibuat drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buyung I

Puisi
 

Itik tuk tanjung,
     Ambil benang buat koyak;
Adik putih ngelek buyung,
     Kacip pinang abang sepiak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mulut buyung dapat dipendam,
     mulut manusia siapa dapat menutup.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
192There are plenty of other fish in the seaOrang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)Pecah buyung, tempayan ada"Don't be sad. There are plenty of other fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.''Jangan bersedih. Kata orang, pecah buyung, tempayan ada. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas