Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.pe.da/] | چمڤدق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya spt buah nangka), Artocarpus champeden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cempedak

Puisi
 

Makan cempedak bekal cempedak,
     Pergi ke laut mengail udang;
Bertokok tidak meluakkan tidak,
     Saya melukut di tepi gantang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Daripada cempedak baiklah nangka,
     daripada tidak baiklah ada.

Bermaksud :

Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
509A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnyaJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas