Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cina

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
575Don't teach your grandmother to suck eggsJangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kitaMempejuali orang cina penjahit''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mempejuali orang cina penjahit. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas