Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)

297

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(57)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
168First come, first servedYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that first come, first served, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
297The leopard cannot change its spotsSifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
565Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
169The early bird catches the wormYang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntunganSiapa cepat dia dapatThere were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
563Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' kaPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
427Nothing is impossible to a willing heartTiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia?In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa tidakkah gajah dapat ke tangan manusia?. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
78Don't cast your pearls before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Laksana kera dapat bungaI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan laksana kera dapat bunga dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
420Nature passes nurtureSifat semula jadi atau sifat yang diwarisi tidak dapat diubah walaupun diasuh.Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.We did everything we could so that our adopted daughter would grow into a graceful young lady, but nature passes nurture. She still prefers to dress like a boy and involves in extreme sports.Kami melakukan segala-galanya yang termampu supaya anak anagkat kami membesar menjadi gadis yang lemah lembut, tetapi umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Dia masih juga suka berpakaian seperti lelaki dan bergiat dalam sukan lasak.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
635He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun tidakkah gajah dapat ke tangan manusia . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
523Silence is goldenLebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkanDikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekamAs my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. Silence is golden .Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123456

Kembali ke atas