Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ga] | دوݢ

Definisi : 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, me­nyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (me­ng­ajuk); batu ~ batu duga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : Mn; berduga, bersiduga berlumba, berlawan; menduga melawan, menyaingi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duga

Peribahasa

Seperti lut dengan marakah.

Bermaksud :

Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.

 

Lihat selanjutnya...(2)

120

Don't cry stinking fish

Jangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.

Campak baju nampak kurap

You shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.

Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
121Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Mencencang lauk tengah alatYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu seperti mencencang lauk tengah alat semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
120Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Campak baju nampak kurapYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu seperti campak baju nampak kurap semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
119Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Mencabik baju di dadaYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu tidak sepatutnya mencabik baju di dada semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
118Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Menepuk air di dulangYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu tidak sepatutnya menepuk air di dulang semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
117Don't cry stinking fishJangan ceritakan aib atau keburukan diri sendiri kepada orang lain.Membuka pekung di dadaYou shouldn't have cried stinking fish during the interviewed. No wonder you have failed to get a job all this while.Kamu tidak sepatutnya membuka pekung di dada semasa temu duga. Patutlah kamu gagal mendapat pekerjaan selama ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas