Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut; mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empuk

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Bermaksud :

Sangat sukar dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
88You can catch more flies with honey than with vinegarUntuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)Batu pun empuk, jangankan manusiaIf you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas