Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir

Puisi
 

Ukir-ukir pinang Betawi,
     Pinang satu dibelah dua;
Fikir-fikir badan sendiri,
     Bantal satu kepalanya dua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan,
     khabar dekat fikir-fikirkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
444Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Sepuluh kali ukur, sekali keratI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
335Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Pukul anjing tengok-tengok tuannyaI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
334Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Dibalik-balik bagai memanggangI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi dibalik-balik bagai memanggang . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
333Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Telah dijual maka dibeliI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi telah dijual maka dibeli . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
332Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Padang perahu di lautan, padang hati di fikiranI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
331Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hatiI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
330Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
329Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
328Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Pilin telinga saring-saringI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pilin telinga saring-saring . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
645A word spoken is past recallingFikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.I regretted launching such a hurtful remark, but a word spoken is past recalling. I faced the consequences when I was suspended from work.Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas