Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
332Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Padang perahu di lautan, padang hati di fikiranI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas