Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ga/] | ݢاݢق

Definisi : nama sj burung berbulu hitam yg suka memakan bangkai, Carvus macrorhynchos macrorhynchos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagak

Puisi
 

Gagak terbang dua kali lapan,
     Hinggap di pohon malim dewah;
Harap tuan saya tak makan,
     Nasi disuap pinggan pecah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun,
     takkan putih bulunya.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).

 

Lihat selanjutnya...(19)

587

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
588Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Gagak dimadikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunyaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Gagak dimadikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
587Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunyaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Burung gagak jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas