Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : gajah 1 binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2 nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3 ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)

562

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
427Nothing is impossible to a willing heartTiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia?In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa tidakkah gajah dapat ke tangan manusia?. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
562Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
155A good deed is never lostKebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
152A good deed is never forgottenKebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never forgotten indeed.Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
151A good deed is never diesKebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never dies indeed.Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
563Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' kaPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
635He who wills the end, wills the meanJika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.Tidakkah gajah dapat ke tangan manusia.My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun tidakkah gajah dapat ke tangan manusia . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
498When in Rome, do as the Romans doApabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.Masuk di dalam kawan gajah berderingYou should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
166The dogs bark, but the caravan goes onAmarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan.Bagai anjing menyalak di ekor gajah.Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes onTanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
43A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayuWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas