381 | So many men, so many opinions. | Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. | Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam | A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. | Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
57 | Blood is thicker than water | Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. | Masin lagilah garam sendiri | So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. | Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
94 | Charity begin at home | Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. | Membasahkan garam sendiri | He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. | Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah membasahkan garam sendiri . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
571 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
551 | There's no accounting for tastes | Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. | Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. | Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
543 | It takes all sorts to make a world | Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. | Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world. | Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
107 | Don't count your chickens before they are hatches | Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. | Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan | Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. | Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |