Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg menjaga atau memeĀ­lihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, meĀ­mimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembala I

Puisi
 

Gendang Cik Samat gembala angsa,
     Telur angsa sarang setalam;
Umat Muhammad punya bangga,
     Embun menitis serata alam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah seekor gembala dua.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
79Don't cast your pearls before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Bagai gembala diberi kerisI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan bagai gembala diberi keris dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas