Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajar­an; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibarat
1. Bersinonim dengan umpama
( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan teladan
( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : mengibaratkan,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
424News lords, new lawsApabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas