Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja/] | ججق

Definisi : jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir se­imbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (per­buatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu meng­hasil­kan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : 1 bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2 hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3 ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,

Peribahasa

Jejak dapat dihilangkan,
     belang bagaimana hendak dihilangkan?

Bermaksud :

Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
297The leopard cannot change its spotsSifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas