Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini; menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll); terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka): kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan; terjenguk-jenguk mencari-cari atau me­lihat-lihat sesuatu dgn menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg dikenalinya; yg menunggu ketibaan sanak saudara ke­lihatan ~ memandang kereta api itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenguk
Rujuk :jengah

Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
329Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas