Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Kalau tumbang saya tolakkan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Kalau kurang saya sorakkan.


Lihat selanjutnya...(945)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(180)

582

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(45)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
190There are plenty of other fish in the seaOrang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki."Don't be sad. There are plenty of other fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.''Jangan bersedih. Kata orang, kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki . Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
582Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
590Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
180Like father, like sonSifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasiShe married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
55Don't bite the hand that feeds youJangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.Kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahiWe gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds youKami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
535No smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
45Don't bite off more than you can chewJangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
537There's no smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tak ada angin masakan pokok bergoyangThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
536There's no smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
541Where there's smoke, there's fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but where there’’s smoke, there’’s fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas