Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jar] | کجر

Definisi : hambat, buru; main ~-~ main hambat­-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau mem­bawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya me­ngejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, ter­gesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jar] | کجر

Definisi : ; berkejar pergi ke sesuatu tempat dgn terburu-buru; pergi dgn segera: Kami semua ~ ke tempat kemalangan itu. berkejar-kejaran berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berlari beramai-ramai: Kami bermain-main dan ~ di pantai. mengejar 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. mengejarkan membawa atau menghantar seseorang (sesuatu) dgn terburu-buru: Orang yg dilanggar motokar itu telah dikejarkan ke hospital. terkejar dpt dikejar; terikut: Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. terkejar-kejar terburu-buru. kejaran gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. pengejaran perbuatan atau hal mengejar; pemburuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejar (kata kerja)
Bersinonim dengan ligan, hambat, pintas, buru, kepung, pitas;,
Kata Terbitan : berkejar, mengejar, mengejarkan, terkejar, terkejar-kejar,

Peribahasa

Hari baik (= pagi) dibuang-buang,
     hari buruk (= petang) dikejar-kejar.

Bermaksud :

Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
41A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai di kejarWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di panPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas