Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemarau (adjektif)
Bersinonim dengan kering, gersang, tiada berair, tiada hujan;,

Puisi
 

Burung merah terbang ke laut,
     Sampai ke laut mengangkut sarang;
Air bah kapal tak hanyut,
     Inikan pula kemarau panjang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(11)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
417A good name is sooner lost than wonNama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehariPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas