Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rat] | کرت

Definisi : 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabis­an jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilang­annya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); mengerat memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (per­cakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : ; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : sebahagian drpd sesuatu yg telah dipotong; penggal; potong: se~ batang ubi kayu; pantun empat ~. berkerat sudah atau telah dikerat: Daun-daun pandan yg ~ itu pun dilayur. mengerat memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. terkerat terpotong; terpenggal. keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. ~ memanjang keratan yg dibuat secara memanjang (pd sesuatu). ~ rentas (lintang) keratan yg dibuat secara merentas sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
444Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Sepuluh kali ukur, sekali keratI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi biarlah sepuluh kali ukur, sekali kerat. Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas