Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li] | کوالي

Definisi : sj bekas yg biasanya berbentuk mung­kum, bertelinga, dan diperbuat drpd besi, alu­minium, dll utk menggoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li] | کوالي

Definisi : alat yg rata atau jeluk dasarnya yg biasanya dibuat drpd besi dan digunakan sbg bekas utk menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuali

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buang kuali ambil belanga.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).

 

Lihat selanjutnya...(11)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
470The pot calling the kettle blackOrang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.Kuali mengatakan belanga hitamMy grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? kuali mengatakan belanga hitam, konon!''Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas