Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri (perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~ tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat (tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur­menyembur cahayanya; melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), me­ngerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga; pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap per­tama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; pelaksana orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,

Puisi
 

Bismilah mula dikarang,
     Syairlah pantun sajanya kurang;
Laksana kainlah jarang,
     Tidak boleh dibagi orang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Laksana taji dibentuk.

Bermaksud :

Kening yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(44)

21

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab Ali

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
78Don't cast your pearls before swineTidak ada gunanya memberikan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak tahu menghargainya.Laksana kera dapat bungaI know you are rich but it is pointless to give her such a priceless gift because she is incapable of appreciating it. So don't cast your pearls before swine and do not waste your money.Saya tahu awak kaya tetapi tidak ada gunanya awak menghadiahkan barang yang begitu mahal kerana dia tidak pandai menghargainya. Jadi janganlah diibaratkan laksana kera dapat bunga dan jangan bazirkan wang awakPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
21A barking dog never bitesOrang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly."Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol ," jawab AliPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
216When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Laksana antah (lemukut), lapar sangat baru bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - laksana antah (lemukut), lapar sangat baru berguna .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
416Make a mountain out of a molehillMembesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
415Don't make a mountain out of a molehillMembesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas