Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)

45

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
562Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Kuman di seberang lautan tampak, gajah(bertengger) di pelupuk mata tiada nampak,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
45Don't bite off more than you can chewJangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
332Look before you leapFikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).Padang perahu di lautan, padang hati di fikiranI know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas