Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)

404

Much would have more

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
347Give a man an inch and he'll take a mileDiberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.Tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu.Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed.Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
404Much would have moreManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Nafsu tidak bertepiI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
411The more you have, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Nafsu tidak bertepiI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
410The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Berjumpa dengan putih, terlesi sangatI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi berjumpa dengan putih, terlesi sangat. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
409The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangatI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
408The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Seperti keranjang bobosI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi seperti keranjang bobos. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
407The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Tiada lukah yang kenyang oleh airI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi tiada lukah yang kenyang oleh air. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
406The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Ada biduk, serempu pulaI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi ada biduk, serempu pula . Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
405The more you get, the more you wantManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Nafsu tidak bertepiI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
338Love is blindCinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.Kasih tidak bersekutu dengan bijakShe did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless manDia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas