141 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
143 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
147 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
568 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Orang tua diajar makan pisang | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Tak usahlah orang tua diajar makan pisang. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
570 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Jangan diajar orang tua makan kerak | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan diajar orang tua makan kerak. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
569 | Don't teach your grandmother to suck eggs | Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita | Jangan diajar orang tua makan dadih | ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. | ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan diajar orang tua makan dadih. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
623 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Seukur berbaur, bertopeng bercerai. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
622 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
621 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
620 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Di laut angkatan, di darat kerapatan. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa di laut angkatan, di darat kerapatan. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |