Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lang] | مالڠ

Definisi : 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lang] | مالڠ

Definisi : tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(36)

396

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Untung melambung, malang menimpa.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
398Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaMalang tiada datang tunggalIt is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, malang tiada datang tunggal. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
396Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaUntung melambung, malang menimpa.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
322Into each life some rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
327Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
325Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Ada pasang berturun naik.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, ada pasang berturun naik. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
324Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Ada pasang surutnyaDon't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, ada pasang surutnya . Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
323Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
326Into every life a little rain must fallSudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
403Troubles never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah jatuh ditimpa tanggaIt is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
402Misfortunes seldom come aloneMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah jatuh ditimpa tanggaIt is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123

Kembali ke atas