Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)

356

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia merancang, tuhan menentukan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

"Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(85)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
273Nobody is infillibleTiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salahTidak manusia nan tidak gawalHe may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi tidak manusia nan tidak gawal. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
356Man proposes, God disposesManusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.Manusia merancang, tuhan menentukan“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager."Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
355Man proposes, God disposesManusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
354Man proposes, God disposesManusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. “Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
88You can catch more flies with honey than with vinegarUntuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)Batu pun empuk, jangankan manusiaIf you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
603The tongue is sharper than the swordKata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikalLidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parangIndeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
484A promise is a promiseJanji yang dibuat hendaklah ditunaikanKerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanyaHe would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
404Much would have moreManusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.Nafsu tidak bertepiI told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough.Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
272Nobody is infillibleTiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salahBumi mana tidak ditimpa hujanHe may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
58Blood is thicker than waterAhli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanyaSo you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya, wahai kawanku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123456789

Kembali ke atas