Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sin] | ماسين

Definisi : rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkata­annya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipe­dulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sin] | ماسين

Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masin (adjektif)
Bersinonim dengan asin, payau;,
Kata Terbitan : memasinkan, kemasinan, pemasinan,

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Lidahnya masin.

Bermaksud :

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
57Blood is thicker than waterAhli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.Masin lagilah garam sendiriSo you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas