Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)

505

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
625United we stand, devided we fallMaksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
505A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur jugaJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
510One bad apple spoils the lotDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalitJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
506A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rataJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
504A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalitJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
503A rotten apple injures its neighbourDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalitJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple injures its neighbour .Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
502A bad apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalitJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a bad apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
266A house devided against itself cannot standSesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.Berpecah membawa rebahWe failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - berpecah membawa rebah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas