Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang memberi tangan di atas,
     yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Bermaksud :

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

 

Lihat selanjutnya...(16)

218

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
217Better give than takeBerbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerimaBelieving that better give than take, they donated half of their earnings to the needy.Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
218It's better to give than to receiveBerbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerimaBelieving that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
220It's more blessed to give than to receiveBerbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerimaBelieving that it's more blessed to give than to receive , they donated half of their earnings to the needy.Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
216When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Laksana antah (lemukut), lapar sangat baru bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - laksana antah (lemukut), lapar sangat baru berguna .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
215When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibahamDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
214When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilahDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
213When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Tiada gading, tanduk pun bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada gading, tanduk pun berguna.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
212When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Tiada rotan, akar pun bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
219It's better to give than to receiveBerbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawahBelieving that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
221It's more devine to give than to receiveBerbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawahBelieving that it's more devine to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas