Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي

Definisi : 1. mengeluar­kan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, me­nuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. men­cakapkan (utk atau sbg melahirkan pandang­an dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ta.i] | مڠاتاءي

Definisi : , mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengatai

Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
567Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Udang hendak mengatai ikan''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas