Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Tetak buluh panjang sepuluh,
     Nak menjolok sarang tempua;
Janganlah adik suruh-menyuruh,
     Biarlah pandai kita berdua.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Yang disuruh tenggelam,
     yang menyuruh pun tenggelam.

Bermaksud :

Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
302Don't let the fox guard the hen-houseJangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.Jangan menyuruh kapak menyelam beliungThe people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas