Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)

71

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
571Don't teach your grandmother to suck eggsJangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kitaOrang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
71If the cap fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakitWhen a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
608One good turn deserves anotherBantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas