Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)

491

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(28)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
493Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBiarlah terjual nyawa, jangan terjual namaI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
491Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBiarlah terjual nyawa, jangan terjual namaI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
419A good name is sooner lost than wonNama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
418A good name is sooner lost than wonNama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehariPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
417A good name is sooner lost than wonNama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehariPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
492Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBerani kerana benar, takut kerana salahI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
490Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBerani kerana benar, takut kerana salahI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
495Tell the truth and shame the devilTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBerani kerana benar, takut kerana salahI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Tell the truth and shame the devil, but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
494Speak the truth and shame the devilTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBerani kerana benar, takut kerana salahI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Speak the truth and shame the devil, but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
75If the shoe fits, wear itJika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
123

Kembali ke atas